PERNIAGAAN BORONG

FUNGSI PEMBORONG KEPADA PENGELUAR IALAH :

1. Membeli stok secara pukal dan memecah pukal

  • membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran barang secara besar-besaran & mendapat modal pusingan cepat
  • menjimatkan kos pengeluaran kerana kerja pembungkusan dan upah pekerja ditanggung oleh pemborong

2. Mengurangkan kos pergudangan

  • menyediakan kemudahan pergudangan sendiri bagi menyimpan stok pukal yang dibeli
  • barang keluarannya tidak disimpan lama.

3. Mengurangkan kos pengangkutan

  • memiliki kemudahan mengangkut barang yang dibeli ke gudangnya.
  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri

4. Pengendali pasaran

  • memperluaskan lagi pasaran bagi produknya.
  • pemborong mempunyai rangkaian peruncit sendiri untuk mengagihkan barangnya.

5. Memberi maklumat pasaran

  • orang tengah antara pengeluar dengan peruncit.
  • menyampaikan teguran serta komen peruncit dan pelanggannya kepada pengeluar.

Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Peruncit

1. Membekalkan beraneka jenis barang

  • memudahkan – tidak perlu – mendapatkan bekalan stok daripada pelbagai pengeluar dari merata-rata tempat.

2. Memberi kemudahan kredit

  • menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu dijual kepada pengguna.
  • merancang modal pusingan dengan sempurna.

3. Menghantar barang kepada peruncit

  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
  • menjimatkan kos pengangkutan dan masa peruncit.

4. Menyimpan stok yang mencukupi

  • membolehkan peruncit mendapat bekalan secara berterusan dan ini
  • mengekalkan pelanggannya

5. Memberi maklumat dan nasihat

  • berkenaan barang baru kepada peruncit.

Fungsi Pemborong Kepada Pengguna ialah :

1. Menstabilkan harga barang

  • sentiasa menyimpan stok barang yang mencukupi
  • mengelakkan kenaikan harga barang.
  • menerima manfaat menerusi harga barang yang stabil.

2. Menyediakan bekalan yang berterusan

  • menyimpan stok yang mencukupi dalam gudangnya
  • supaya bekalan tidak terputus – elak cenderung membeli banyak
  • menyebabkan perbelanjaan pengguna meningkat.

3. Menyampaikan maklumat

  • memberitahu peruncit tentang maklumat yang terkini bagi produknya.

4. Melakukan kerja-kerja akhir / pecah pukal

  • seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.

5. Mempelbagaikan pilihan

  • mempelbagaikan pilihan pengguna akhir terhadap barang beraneka jenis yang ada pada peruncit.

 Persamaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit ialah :

1. Aktiviti pengagihan barang

  • membeli barang bagi tujuan untuk dijual semula

2. Bermotifkan keuntungan

  • menjalankan kegiatan jual beli dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

3. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

  • mengagihkan barang agar bekalan dapat disampaikan kepada pengguna akhir

4. Melakukan kegiatan memecah pukal

  • seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.

5. Bertindak sebagai sumber maklumat pasaran

  • menyalurkan maklumat pasaran kepada pengeluar – reaksi pelanggan, cita rasa pengguna
Soalan : Nyatakan Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit

  • Modal
  • Kos promosi dan iklan
  • Kos pergudangan
  • Kerja-kerja akhir
  • Peragaan
  • Kemudahan membeli-belah
Soalan : Mengapa pemborong memerlukan modal besar.

  • Beli pukal & bayar tunai
  • Beri kredit & tanggung risiko hutang lapuk
  • Belanja gudang
  • Risiko simpan stok
  • Kos overhed tinggi – iklan & gaji
  • Kendali pengangkutan

Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit:

Perniagaan Borong Perniagaan Runcit
1. Kedudukan dalam saluran agihan orang tengah antara pengeluar dengan peruncit. peruncit – orang tengah antara pemborong dengan pengguna akhir.
2 Saiz pembelian barang secara pukal daripada pengeluar dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong
3. Saiz modal besar – menyediakan kemudahan pelbagai kecil
4 kemudahan gudang untuk menyimpan stok pukal yang dibeli daripada pengeluar tidak ada kerana stok diperoleh daripada pemborong
5 Hiasan dan peragaan barang tidak perlu menghias atau melakukan peragaan tingkap melakukan bagi menarik pengguna

JENIS PEMBORONG

Jenis -Jenis perniagaan borong ialah :

  • Terdiri drpd pemborong saudagar dan ejen
  • pemborong saudagar Terdiri drpd Pemborong Berfungsi Penuh & Pemborong Berfungsi Terhad
  • Pemborong Berfungsi Penuh terdiri drpd pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.
  • Pemborong Berfungsi Terhad
  • Pemborong pesanan mel
  • Pemborong pesanan berwakil
  • Pemborong perkhidmatan pengangkutan
  • Pemborong bayar dan bawa
  • Pemborong jober para
  • ejen – ejen pengeluar, ejen penjual & broker

Contoh jenis perniagaan borong ialah :

PEMBORONG SAUDAGAR

  • pemborong yang membeli pelbagai jenis barang daripada pengeluar dan menjualnya kepada peruncit.
  • mempunyai hak milik ke atas barang
  • menanggung risiko kerugian jika barang-barang tidak dapat dijual.
  • dikategorikan kepada dua, iaitu pemborong berfungsi penuh dan pemborong berfungsi terhad.

Pemborong Berfungsi Penuh

  • menjalankan semua tugas seseorang pemborong.
  • membeli dan menjual barang, memecah pukal, memberikan bantuan

kewangan, menyediakan kemudahan pergudangan dan pengangkutan, menyampaikan maklumat pasaran, melakukan promosi

  • dikelaskan kepada tiga kumpulan utama, iaitu pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.

1. Pemborong am

  • membeli dan menjual pelbagai jenis barang yang tidak mempunyai kaitan.
  • Contohnya, pemborong yang menjual barang keperluan harian seperti garam, gula serta barang kosmetik di tempat yang sama.

2. Pemborong khusus

  • membeli dan menjual sesuatu jenis barang
  • Contohnya, pemborong kasut yang menjual pelbagai jenama kasut seperti Nike

3. Pemborong satu barisan

  • membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis.
  • Contohnya, pemborong hasil pertanian yang menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuklah anak pokok dan baja.

Pemborong Berfungsi Terhad

  • tidak menjalankan semua fungsi yang ditawarkan oleh pemborong untuk mengurangkan kos pengendalian.

Terdapat lima jenis pemborong berfungsi terhad, iaitu:

1. Pemborong pesanan mel

2. Pemborong pesanan berwakil

3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan

4. Pemborong bayar dan bawa

5. Pemborong jober para

1. Pemborong pesanan mel

  • menjalankan urus niaga melalui pos.
  • menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos.
  • Pelanggan memilih barang berpandukan katalog yang dihantar.
  • Pesanan, bayaran dan penghantaran barang dibuat melalui pos.
  • Contoh barang – barang kosmetik
  • Barang ini biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak.

2. Pemborong pesanan berwakil (drop shipper)

  • menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar atau pengilang.
  • memainkan peranan sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik.
  • tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan.
  • menjadi perantara dalam pengagihan barang daripada penjual atau pengeluar kepada pembeli.
  • barang yang sesuai – bahan-bahan binaan seperti simen, besi, batu-bata

3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan

  • menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang yang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar.
  • Contohnya, Nepline, Kontena Nasional dan Shapadu.

4. Pemborong bayar dan bawa

  • menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai kepada peruncit.
  • tidak menyediakan kemudahan kredit kepada para peruncit.
  • Peruncit menggunakan pengangkutan sendiri untuk membawa balik barang Contohnya, Pasar Borong Selangor – pusat pengumpulan bagi hasil pertanian, perikanan dan penternakan manakala Giant, Makro, Carrefour dan Mydin – barang keperluan harian pengguna

5. Pemborong jober para(rack jobber)

  • membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit
  • memperagakan – secara rapi di atas rak-rak
  • dimiliki oleh pemborong selagi ia masih diperagakan di rak
  • Peruncit dikenakan bayaran – bagi barang-barang yang telah dijual.
  • melancarkan program promosi dan pengiklanan di televisyen
  • menjual barang-barang berjenama terkenal – Gardenia, ais krim Walls

EJEN ialah :

orang tengah yang dilantik oleh prinsipal untuk menjual barang bagi pihaknya.

  • tidak mempunyai hak milik
  • tidak menanggung sebarang risiko kerugian.
  • tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan harga barang jualan.

Aktiviti ejen dan broker

Ejen Pengeluar

  • wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang  menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain.
  • tidak berhak untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengilang
  • memasarkan mengedarkan barang-barangnya ke kawasan-kawasan baru yang belum diterokai pengeluar.
  • Contoh ejen pengeluar ialah Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Proton Edar yang memasarkan atau mengedarkan model kereta keluaran negara.

Ejen Penjual

  • memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran.
  • sebagai perancang pemasaran yang menjalankan aktiviti penyelidikan pasaran, merancangkan keluaran, menetapkan harga dan mempromosi.
  • menerima komisen daripada pengeluar bagi perkhidmatan yang disediakannya.

Broker

  • menemukan penjual dengan pembeli.
  • dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli.
  • tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan.
  • tidak berhak membuat kontrak
  • tidak boleh menjual beli barang atas namanya sendiri
  • tidak mempunyai hak untuk memberikan kredit
  • menerima bayaran atau mengeluarkan resit pembayaran kepada pembeli.
  • menerima komisen sebagai ganjaran terhadap perkhidmatannya
  • tidak berkongsi untung dengan prinsipal.
  • Contoh – broker hartanah dan saham.

Kritikan yang diberikan  tentang peranan yg dimainkan oleh pemborong ialah :

  • Tidak memberi perkhidmatan yg berguna
  • Semata-mata menambah harga barang jualan
  • Tindas masyarakat desa
  • Beli murah dr pengeluar & jual mahal kpd pguna

 Kepentingan pemborong kpd peruncit & pengeluar ialah:

Kpd pengeluar

  • Menubuhkan gudang
  • Buka rantaian kedai runcit
  • Modal lebih
  • Belanja cari pasaran & iklan
  • Kos overhed
  • Mengumpul maklumat sendiri
Kpd peruncit

  • Beli pukal drpd pengeluar
  • Sedia gudang
  • Bayar tunai
  • Berhubung dgn pelbagai pengeluar
  • Modal lebih
  • Kerja akhir

PENGAMBIL ALIHAN FUNGSI PEMBORONG

Keadaan-keadaan yang membolehkan peranan pemborong diambil alih iaitu :

1. KEMUNCULAN PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN

  • Contohnya gedung aneka jabatan – mendapatkan bekalan terus daripada pengeluar.
  • memiliki modal yang besar dan mampu membeli barang secara pukal dan
  • menanggung kos tambahan – pergudangan dan pengangkutan serta melakukan kerja-kerja akhir
  • Koperasi runcit – gabungan pengguna untuk membeli barang secara terus daripada pengeluar – harga belian yang murah.

2. BENTUK LAIN PERUNCITAN

  • mesin peruncitan automatik, pesanan mel, jualan langsung, e-dagang dan kedai katalog
  • membolehkan pengeluar menjual keluarannya terus kepada pengguna akhir

3. PENUBUHAN KEDAI SEJARAS

  • Pengeluar menubuhkan rangkaian kedai sendiri
  • memasarkan barang keluaran kilangnya terus kepada pengguna.
  • Cawangan – di seluruh negara.
  • syarikat Bata Berhad dan syarikat Singer Berhad.

4. PELANTIKAN EJEN OLEH PENGELUAR

  • barang-barang berkualiti tinggi yang memerlukan penerangan terperinci oleh pengeluar seperti komputer

5. PENUBUHAN AGENSI PEMASARAN OLEH KERAJAAN

  • Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Persekutuan Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) untuk memasarkan hasil pertanian

6. BARANG YANG DIPESAN KHAS OLEH PENGGUNA

  • Barang yang dibuat menurut arahan atau tempahan khas pengguna
  • akan dihantar oleh pengeluar kepada pembeli.
  • Barang yang sesuai – cermin mata, pakaian yang ditempah khas.
  • barang-barang yang berteknologi tinggi yang pasarannya terhad dan mahal seperti kapal terbang

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s