BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Pengertian :

  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan – antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua – perniagaan borong dan perniagaan runcit.

SALURAN AGIHAN

Pengertian saluran agihan

Proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai.

Bentuk-Bentuk  Saluran Agihan

1. PENGELUAR – PEMBORONG – PERUNCIT – PENGGUNA

  • Barang yang sesuai –  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)

2. PENGELUAR – EJEN – PERUNCIT – PENGGUNA

  • hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah

3. PENGELUAR – PEMBORONG – PENGGUNA

  • bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.

4. PENGELUAR – PERUNCIT – PENGGUNA

  • barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama

5. PENGELUAR – EJEN – PENGGUNA

  • barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian

6. PENGELUAR – PENGGUNA

  • barang yang tidak tahan lama – hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi – kapal terbang & perkhidmatan profesional – doktor.

FAKTOR PEMILIHAN SALURAN AGIHAN

1. Jenis barang

  • barang cepat rosak – melalui pengeluar terus kepada pengguna
  • barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit

2. Sasaran pasaran

  • dikenal pasti – dibekalkan terus oleh pengeluar
  • belum dikenalpasti – melalui pemborong & peruncit

3. Liputan pasaran

  • luas – perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
  • terhad – pengeluar sendiri boleh memasarkan

4. Keupayaan pengeluar

  • Syarikat besar – menyediakan saluran agihan sendiri
  • Syarikat kecil – bergantung kepada pemborong dan peruncit

5. Kos pengangkutan

Misalnya dengan menyediakan kenderaan sendiri . Ia melibatkan kos yang tinggi.

  • syarikat besar – mampu biaya
  • Syarikat kecil – kurang mampu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s